Sunday, August 28, 2011

Status nama 'jarang didengar' berubah


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini.
Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN.
Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza.
Nama-nama tersebut seperti berikut:
1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.
2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.
3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12
4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.
5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.
Selain itu, ada di antara mereka termasuk nama Jumaayah Binti Alus hanya ada dalam senarai SPR dan tiada dalam rekod JPN.
Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834.
"SPR dan Jabatan  Pendaftaran  Negara (JPN) didesak  membersihkan  Daftar  pemilih  terlebih  dahulu  sebelum menunding  jari  kepada  pihak  lain.
"Apa  yang  jelas SPR  hanya cuba melepaskan  diri  dengan  menyalahkan  JPN ,dari siri pendedahan yang telah  dibuat  oleh Dewan  Pemuda Pas  Malaysia," ujar Adram.
Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN.
Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut:
1. 790924145621
2. 750612105026
3. 620826086291
4. 850709146543
5. 850706145967
6. 651105105087
Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut.
"Saya  tidak  tahu  berapa lama  data ini  boleh  bertahan sebelum  ditukar  statusnya. Tidak salah  jika  rakyat  membuat  pelbagai  tafsiran  dengan  keadaan seperti ini," katanya.

No comments:

Post a Comment