Sunday, August 28, 2011

San Miguel bakal labur AS$1b naik taraf loji penapis



28/08/2011 3:38pm

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Konglomerat Filipina, San Miguel Corporation (SMC), yang memperoleh 65 peratus pegangan kepentingan Exxon Mobil Corporation dalam tiga perniagaan yang beroperasi dalam sektor petroleum hiliran Malaysia, merancang untuk melabur sehingga AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk menaik taraf dan memasang peralatan baru di loji penapis berusia 48 tahun di Port Dickson.
Anggota Lembaga Pengarah SMC, Eric Recto berkata, syarikat merancang untuk membawa jentera baru bagi menghasilkan lebih banyak produk nilai tambah di pasaran Malaysia.
"Kami menjangka pencapaian yang sama seperti mana yang kami lakukan semasa kami memperoleh Petron Corporation tiga tahun lepas.
"Loji penapis Malaysia merupakan aset berguna, memandangkan jumlah pelaburan yang dikeluarkan bagi menggantikan peralatan dan jentera lama,” kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini melalui sidang suara dari Amerika Syarikat hari ini.
SMC menguasai 68 peratus ekuiti dalam Petron Corp.
Recto, yang juga Presiden Petron Corp, berkata, perancangan akan dilaksanakan dalam proses jangka panjang antara tiga hingga lima tahun. – Bernama

No comments:

Post a Comment