BERJUTA-JUTA umat Islam di Indonesia dijangka meninggalkan ibu negara dan menuju ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga mereka bagi menandakan berakhirnya bulan suci Ramadhan.
Suasana balik kampung juga boleh dilihat apabila warga bandar berpusu-pusu meninggalkan Jakarta beberapa hari lagi menjelang sambutan perayaan bagi melakukan persediaan Aidilfitri.
Sama seperti di Malaysia, tradisi balik kampung merupakan satu kemestian buat penduduk Jakarta.
Ibu negara republik itu yang biasanya bingit dengan kesesakan lalu lintas berubah lengang setiap kali sambutan Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment