Saturday, August 11, 2012

Ikhwan desak kaji semula Perjanjian Kem David




Khamis, 9 Ogos 2012 KAIRO - ikhwanonline, laman rasmi Ikhwanul Muslimin, mengeluarkan kenyataan akhbar pada Rabu (8/8/2012) mengenai serangan hari Minggu di Sinai. Mereka menyeru peninjauan ulang dari perjanjian Camp David.

Kenyataan itu mendesak Dewan Tentera fokus dalam misi dalam negeri untuk melindungi Mesir dan sempadannya.

Pada hari Ahad (5/8), serangan oleh para penyerang tidak dikenali pada penjaga sempadan Mesir di sempadan Mesir-Gaza menyebabkan 16 orang tewas dan tujuh orang luka-luka. Hari berikutnya, Presiden Mohamed Morsi menyatakan jangka masa tiga hari berkabung nasional bagi mereka yang terbunuh.

Kenyataan Ikhwan juga menyeru penguatkuasaan polisi untuk menangani rasuah dan mereka yang ingin menghasut kekerasan.

Kenyataan Ikhwanul ini merujuk pada beberapa seruan yang bernada menghasut terhadap presiden dan kumpulan yang menyebabkan usaha dalam membakar dua markas mereka Jumaat lalu.

Kumpulan itu menuduh jaksa agung mengabaikan semua keluhan yang mereka ajukan.

Anggota Parti Kebebasan dan Keadilan telah membuat aduan terhadap bekas anggota parlimen, Mohamed Abu-Hamed, Mostafa El-Bakry, dan Tawfik Okasha, serta menuduh mereka menghasut kekerasan terhadap Ikhwan.

Kenyataan kumpulan itu menunjukkan bahawa beberapa individu dengan agenda anti-Mesir telah menggunakan serangan terakhir di Sinai untuk memunculkan sengketa politik.

No comments:

Post a Comment