Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan di Malaysia apabila zina hanya menjadi satu ungkapan dalam ceramah-ceramah dan khutbah-khutbah masjid tetapi tidak diendahkan ummat Islam Malaysia. Sekiranya direnungkan apalah sangat nikmat yang sekejap berbanding dengan azab Allah yang amat pedih lagi dahsyat. Lebih teruk lagi, kini zina lebih mudah dari berkahwin bahkan menjadi kebanggaan gadis tanpa dara. Inilah salah satu tanda-tanda kiamat dan amat benarlah apa disebutkan oleh Nabi s.a.w.
عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا
Daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda kiamat adalah; diangkat ilmu dan nyata kejahilan, orang ramai meminum arak (secara berleluasa) dan zina yang nyata (berlaku secara terang-terangan). [Riwayat Bukhari & Muslim]
No comments:
Post a Comment