Saturday, August 11, 2012

Israel beri lampu hijau bagi helikopter Mesir mengudara di Sinai




TEL AVIV - Israel pada Khamis (9/8/2012) memberikan Kaherah izin untuk mengendalikan helikopter tempur di semenanjung Sinai, di mana tentera Mesir telah bersumpah untuk menghancurkan 'militan Islam', seorang pegawai Israel menyatakan.

Pejabat itu, yang berbicara dengan syarat tanpa nama, mengatakan pada AFP bahawa 14 anggota kabinet keselamatan Israel telah bersetuju pelonggaran sementara dari segi perjanjian perdamaian 1979 yang menyekat penyebaran tentera Mesir di Sinai.

Keputusan itu terjadi sehari selepas tentera Mesir mengatakan sudah dikerahkan helikopter tempur dalam serangan yang menewaskan 20 'militan' di wilayah itu.

Operasi tersebut dilancarkan setelah sekumpulan orang bersenjata pada hari Ahad menyerang dan menewaskan 16 penjaga sempadan dekat Mesir dan berusaha menyerbu Israel selatan.

Israel telah menyerahkan enam jenazah yang sudah sukar untuk dikenal pasti kerana hangus terbakar yang berada di pengangkut personel lapis baja sebelum kenderaan itu dihancurkan, seorang pegawai perubatan Mesir mengatakan.

No comments:

Post a Comment