Saturday, August 11, 2012

Lori bekalan NATO dari laluan Pakistan diserang lagi, lori terbakar dan pemandunya terluka




QUETTA - Sebuah lori pembawa bekalan untuk pasukan pimpinan AS-NATO yang bergerak melalui laluan Pakistan kembali diserang, lori naas itu diserang di dekat Quetta, ibu kota provinsi Balochistan di barat daya Pakistan, semalam (10/8/2012).

Serangan yang terjadi di daerah Dasht di daerah Mastung di wilayah tersebut sekurang-kurangnya melukai pemandu lori dan pembantu pemandu, berdasarkan laporan saluran TV swasta tempatan, dilansir Pajhwok.

"Lelaki bersenjata tak dikenali yang menunggang motosikal melepaskan tembakan pada sebuah kontena NATO di jalan tol nasional," kata pegawai tempatan dikutip dawnnews.

Para penyerang itu kemudian membakar lori sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Sementara pemandu dan rakannya yang terluka dibawa ke rumah sakit.

Sebelumnya, pada hari Ahad (5/8) di wilayah yang sama, dua lori NATO juga terbakar akibat serangan yang dilakukan kumpulan bersenjata. Kedua-dua lori yang berlepas dari bandar pelabuhan Karachi sedang dalam perjalanan ke Afghanistan, tiba-tiba dihentam serangan ketika di daerah Khuzdar.

Sementara pada hari Isnin (6/8), serangan terhadap konvoi bekalan NATO terjadi di daerah kesukuan Khyber, yang menewaskan seorang pemandu lori dan melukai dua yang lain serta menyebabkan perjalanan konvoi sempat tertunda selama beberapa jam.

No comments:

Post a Comment