Dushanbe, Tajikistan – Begitu ramai wanita-wanita Tajikistan yang terjerumus melakukan pernikahan kontrak atau Mut'ah (zina) dengan para pengikut Syiah yang berasal dari Iran sehingga menimbulkan kerisauan terhadap para ulama di negara itu. Pada waktu khutbah, mereka mengingatkan tentang ancaman bahaya dari kahwin Mut'ah ini serta menyeru agar para wanita menghindari Mut'ah kerana ianya tidak sesuai dengan ajaran Islam dan juga adalah berdosa.
Khutbah-khutbah masjid di Tajikistan memfokuskan kepada isu-isu yang mempengaruhi kepada kehidupan seharian.
Hari ini, topik hangat dari khutbah masjid di Dushanbe ialah kahwin sementara (Mut'ah), sebuah fenomena yang hampir tidak pernah terdengar di masyarakat Tajikistan ketika ini.
Baru-baru ini dalam sebuah jemaah solat Jumat pada 8 Jun, Imam Dushanbe yang terkenal iaitu Eshon Abdul Basir Saidov memperingatkan kepada para wanita tentang kahwin sementara yang sedang masuk ke dalam negara itu, yang mana para pemimpin agama mengatakan ianya telah menjadi tren (adat) di Dushanbe selama dua atau tiga tahun sebelumnya.
Mengulangi keprihatinan yang disuarakan oleh sesama imam, Saidov mengatakan puluhan wanita Tajik telah menjadi mangsa "perkawinan sementara gaya Iran," yang dikenali sebagai Mut'ah.
Nikah Mut'ah itu sendiri secara hukum telah dipersetujui di Iran di mana penduduknya bermajoriti Syiah dan ianya disebarkan secara meluas. Mut'ah adalah perkawinan dengan jangka waktu yang ditetapkan dalam ajaran Syiah yang secara automatik berakhir apabila selesainya jangka waktu yang telah disepakati oleh kedua belah pihak sebelum perkahwinan (zina).
Mut'ah tidak diakui oleh Islam Sunni, dan diikuti oleh majority kaum Muslim Tajikistan.
Namun demikian, kata Zurafo Rahmoni, ketua bahagian Kebudayaan Parti Kebangkitan Islam Tajikistan, "ketika ini kami semakin banyak mendengar tentang wanita Tajik yang melakukan perkahwinan Mut'ah dengan warga Iran yang tinggal di sini.”
'Tidak ada Hak Atau Perlindungan'
Tajikistan memiliki komuniti warga Iran yang cukup besar, majoriti mereka berada di kota besar Dushanbe dan lain-lain.
"Wanita-wanita ini akhirnya ditinggalkan tanpa hak atau perlindungan baik ketika dan setelah pernikahan," kata Rahmoni. "Dalam semua kes, para lelaki tersebut akhirnya meninggalkan negara itu, meninggalkan isteri sementara mereka. Kes yang paling menyakitkan ialah kadang-kadang ada anak yang lahir daripada perbuatan tersebut.."
Rahmoni menyalahkan tren (adat) tersebut dengan situasi ekonomi "menggerikan" yang berlaku di Tajikistan.
"Banyak lelaki Tajik telah meninggalkan negara untuk bekerja di Negara luar," katanya. "Ada orang asing yang datang untuk bekerja di Tajikistan, dan itulah mengapa perlakuan (Mut'ah) sedang meningkat di Tajikistan. Kesulitan sosial dan ekonomi adalah faktor yang menyebabkan wujudnya fenomena ini dalam beberapa tahun terakhir.."
Tiada statistik rasmi tentang wanita Tajik yang melakukan Mut'ah, tetapi Rahmoni menjangkakan ianya "ratusan."
Ketika dihubungi oleh RFE / RL 's perjabat perkhidmatan Tajik, walaubagaimanapun, Kedutaan Besar Iran di Dushanbe mengatakan telah menerima luahan dari warga Tajik berhubung dengan perkawinan seperti itu yang melibatkan warga negara Iran.
‘Pelacuran yang dihalalkan
Para imam Tajik telah menggelarkan Mut'ah sebagai "tidak Islami" dan "bertentangan dengan keyakinan agama dan tradisi Tajik."
"Mut'ah adalah usaha untuk menghalalkan pelacuran," kata Imam Saidov. "Ini seharusnya tidak diakui sebagai perkahwinan agama, dan kami menganggapnya sebagai dosa."
Dalam khutbah Jumat, pemimpin agama Saidov mengatakan "kenaifan dan kurangnya kesedaran terhadap hak-hak agama dan awam" para wanita Tajik seharusnya dipersalahkan menjadi mangsa pernikahan sementara itu.
Seorang pengusaha kedai memotong rambut berusia 25-tahun dari Dushanbe, Maya, yang pernah terjerumus dengan nikah Mut'ah mengatakan, kahwin kontrak pada awalnya merupakan "cinta pada pandangan pertama" dengan seorang lelaki dari negara asing.
Maya, yang tidak mahu disebut nama lengkapnya, mengatakan dia bertemu dengan bekas rakan kongsinya - seorang pengusaha Iran - setahun yang lalu di sebuah restoran terkenal di bandar.
Satu cadangan agar bernikah datang "secara cepat dan mengejutkan," dan Maya merimanya. Dia mengatakan upacara pernikahan tersebut dilakukan oleh seorang teman pengantin lelaki, dengan dua orang lain hadir sebagai saksi.
"Dia mengatakan sesuatu tentang pernikahan dalam jangka masa yang pendek, tapi saya tidak memahaminya, saya fikir dia hanya sekadar ingin berhati-hati," Maya mengakui. "Tetapi dia pergi enam bulan kemudian, meninggalkan saya dengan bayi perempuan saya.. Saya tidak mendapatkan sokongan apapun dari dia, baik dari segi kewangan ataupun moral." katanya.
Untuk mencegah kes-kes seperti itu, para imam Tajik menyeru agar kaum wanita supaya tidak melakukan pernikahan dengan lelaki asing - iaitu pengikut Syi'ah - tanpa secara rasmi mendaftarkan pernikahan mereka dengan kuasa Negara sekular itu dan bahkan menandatangani undang-undang, kontrak pranikah bagi melindungi hak-hak perempuan pada pernikahan dan / atau perceraian.
Undang-undang negara Tajik tidak mengakui pernikahan menurut agama - baik Mut'ah atau secara benar. Kerana bertujuan untuk menghalangi poligami, Tajikistan telah melarang para mullah dari menikahkan secara Islam (Siri-Red)," kecuali pasangan tersebut menunjukkan surat nikah rasmi mereka. [by/rferl/voa].
Sumber: http://syiahindonesia.com/
No comments:
Post a Comment