Monday, October 15, 2012

Turki larang semua pesawat Syria

Turki larang semua pesawat Syria - Global - Sinar Harian:


Pesawat Syria yang ditahan Turki.
Pesawat Syria yang ditahan Turki.
ANKARA - Turki pula mengambil tindakan balas dengan melarang kesemua pesawat Syria daripada menggunakan ruang udaranya - keputusan diambil sehari selepas Damsyik mengambil  langkah yang sama kelmarin.

Tindakan terbaru ini, yang menggambarkan peningkatan ketegangan kedua-dua negara jiran itu, diumumkan oleh Kementerian Luar Turki semalam.

Menurut jurucakap kementerian itu, larangan ini merangkumi penerbangan pesawat awam dan tentera.

Malah, Turki juga menasihatkan pesawat-pesawat awam negaranya agar mengelak daripada menggunakan ruang udara Syria.

No comments:

Post a Comment