Monday, October 15, 2012

Seorang lelaki Islam Singapura dengan 10 isteri dan 64 anak dijatuhi hukuman 32 tahun penjara dan sebatan

Seorang lelaki Islam Singapura dengan 10 isteri dan 64 anak dijatuhi hukuman 32 tahun penjara dan sebatan kerana merogol lima anak perempuan dibawah umur, dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa...

Lelaki berumur 45-tahun yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti anak-anak perempuannya,telah dijatuhkan hukuman pada Selasa selepas . Suspek telah mengaku bersalah terhadap lima tuduhan rogol dan termasuk 34 caj rogol dan cuba merogol .

"kebanyakkan kes rogol adalah sistematik dan menjijikkan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Tay Yong Kwang dalam penghakiman itu.

"Ibu gadis-gadis tersebut bagaimanapun telah dipujuk oleh tertuduh bahawa apa yang dia lakukan adalah benar. "

Mahkamah telahpun menjatuhkan hukuman 24 kali sebatan.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu berkata, beliau adalah seorang guru agama yang berkelayakan. Semasa kelas agama,tertuduh berkata kepada isteri dan anak-anak perempuannya bahawa, menurut Al-Quran, beliau mempunyai hak sepenuhnya ke atas anak-anaknya sebagai seorang bapa, termasuk hak untuk mempunyai hubungan seks dengan mereka.

Isteri kemudian bertindak sebagai utusan, memberitahu anak-anak perempuan mereka untuk bertemu bapa mereka di dalam bilik tidur beliau apabila beliau mahu menjalinkan hubungan seks sepanjang tempoh 18 bulan.

Dua daripada anak perempuannya yang masih remaja telahpun hamil dan terpaksa menjalani pengguguran. Anak perempuan sulungnya, yang kini berumur16 tahun telah melaporkan kepada pihak polis bahawa mangsa telah dirogol pada bulan Jun yang lalu.

Dalam rayuan tersebut, lelaki itu berkata dia telah menemui anak perempuan sulungnya kerana "berkelakuan tidak sopan" dengan lelaki, dan dia berfikir bahawa "jika dia dapat memuaskan keperluan seksual terhadap anak-anak perempuannya, mereka akan kurang cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti seksual dengan lelaki luar."

Lelaki yang megendalikan bisnis pengangkutan tersebut, mempunyai empat orang isteri yang sah dan enam orang isteri yang dinikah mengikut kontrak (Mutaah) - yang dimana pasangan Islam (Syiah) menikah dalam masa tempoh tertentu. 33 anak lelakinya dan 31 orang anak perempuannya berumur dalam lingkingan 9 bulan hingga 16 tahun.

Bilangan penduduk di Singapura terdiri daripada 77 peratus bangsa Cina, 14 peratus Melayu, 8 peratus India, dan 1 peratus Serani. Islam dibenarkan mempunyai maksimum empat isteri. Perkahwinan berkontrak adalah tidak diiktiraf dan tidak sah.

*Kisah ini telah disahkan warga Singapura dan masih terdapat lagi para mullah Syiah di Singapura yang melakukan hal demikian, Insyaallah kami akan cuba mendedahkannya lagi.

Source: http://adjunct.diodon349.com/attack_on_usa/singaporean_muslim_man_raped_5_daughters_jailed_for_32_years.htm

MUSLIM SINGAPORE TOLAK SYIAH!!!
 

No comments:

Post a Comment