Monday, October 15, 2012

Sebarkan Ajaran Sesat Syiah, Mesir Tahan 18 Anak Muda



#Berita lama.

Pihak berkuasa keselamatan Mesir menangkap 13 orang anak muda Irak dan 2 warga Syria, serta tiga orang warga Mesir karena mereka terlibat di dalam penyebaran ajaran Syiah. Dan mereka menurut pihak berkuasa akan segera diusir ke luar negara.

Informasi yang diterima dari pihak berkuasa keamanan Mesir mengatakan bahawa ke-18 anak muda yang berasal dari Irak, Syria dan Mesir tersebut, sengaja datang ke Mesir untuk menyebarkan ideologi Syiah.

Agensi mesir menyebutkan bahawa mereka telah menyewa salah sebuah apartment dan di apartment itu, salah seorang daripada mereka akan duduk berdekatan kolam renang dan memberikan penjelasan serta mengajar doktrin Syiah dan menyebarkan penerbitan-penerbitan tentang para imam Syiah di Irak dan Iran.

Menurut informasi bahawa ke-18 orang ini dengan sengaja menghina imam dari kalangan Sunni dan para para sahabat Nabi Saw dalam pengajaran mereka, melalui penerbitan yang mereka edarkan terhadap sejumlah badan tertinggi di wilayah tersebut.

Sumber keamanan mengatakan kepada surat khabar 'The Gazette' bahawa apartment yang digunakan oleh mereka untuk menyebarkan Syiah, disewa oleh Samir Iyad al-Basri (35 tahun) yang mendapat suaka politik di Mesir sejak tahun 2003, dan Samir sering bertemu dengan para pemuda yang datang dari luar negeri untuk belajar di agensi tinggi swasta yang ada di bandar.

Sumber itu mengatakan: "Samir selama tujuh tahun terakhir telah menyebarkan ideologi Syiah di kalangan anak muda yang datang dari luar negeri ke Mesir untuk belajar, dan bekerja dengan sangat berhati-hati dalam seruannya ke ideologi Syiah agar tidak tidak melanggar undang-undang Mesir."(fq/imo)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/sebarkan-ajaran-sesat-syi-ah-mesir-tahan-18-anak-muda.htm

No comments:

Post a Comment