Monday, October 15, 2012
Syiah mengkafirkan Para sahabat dan Ahli Sunnah.
“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian" Lihat: بحار الانوار. (4/385). Muhammad Baqir al-Majlisi
"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir". Ibid. (2/216).
Indahnya Ahli Sunnah kerana tidak mengkafirkan Syiah secara total. Para Ulama' hanya mengkafirkan Syiah yang extreme seperti Syiah Imamiyyah atau dikatakan Syiah Ghulat. Walaubagaimanapun Ahli Sunnah tidak mengkafirkan Syiah Tafdhiliyyah seperti Syiah Zaidiyyah dan Syiah Mufaddholah.
Pelik umat Islam kini yang bergelar tok guru, ulama', pejuang Islam dan sebagainya begitu lantang mengkritik mereka yang mengkafirkan Syiah yang telah jelas kekufurannya hanya kerana inginkan perpaduan. Nauzubillah, mereka sanggup memekakkan telinga tatkala mendengar cacian dan kejian Syiah terhadap para Sahabat, prinsip tergadai tak apa, asalkan dapat bersatu. Astaghfirullah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment