Monday, October 15, 2012

Syiah Dan Komunis Bersatu di Bahrain.



Sumber-sumber di Bahrain melaporkan bahawa telah berlaku perjanjian rahsia di antara majlis "Wa'id" yang berideologi komunis dengan persatuan keamanan Islam yang merupakan arus utama politik Syiah di Bahrain.

Dalam perjanjian tersebut kedua-dua kelompok bersepakat untuk menyokong calon dari "Wa'id" dalam pemilihan umum akan datang dengan balasan calon yang terpilih akan menyokong pula projek-projek kubu Syiah di parlimen.

Surat khabar Bahrain Al-Watan menyebutkan bahawa perjanjian tersebut berlangsung antara setiausaha agung majlis Wa'id dengan setiausaha dari pertubuhan perdamaian Islam Ali Salman, setelah mereka melakukan pertemuan rahsia.

Sumber mengatakan bahawa perjanjian itu dilakukan secara rahsia dan tidak akan didedahkan secara terbuka kerana takut menarik perhatian para pengundi di Muharraq dan kota Isa yang belum mampu menerima perdamaian antara kedua kubu di parlimen, sumber mengatakan bahawa perjanjian tersebut telah mendapat persetujuan dari Syaikh Isa Qassim yang merupakan ulama Syi'ah Bahrain.(fq/imo)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/syi-ah-dan-komunis-bersatu-di-bahrain.htm
 

No comments:

Post a Comment