Rabu, 27 Julai 2011
Kelmarin Syeikh al-Azhar sekali lagi mengingatkan puak Syiah bahawa institusi al-Azhar sentiasa memantau gerakan mensyiahkan (tasyyi') penganut sunni seperti yang berlaku di dunia Islam Sunni pada hari ini termasuk Malaysia. Syeikh al-Azhar menegaskan bahawa jika Syiah ingin menjalinkan hubungan yang baik antara Sunni-Syiah maka jangan sekali-kali melangkaui GARIS MERAH yang sedia wujud dalam Ahli Sunnah iaitu tidak mengutuk dan mengeji para sahabah r.h.m termasuk Ummul Mu'minin A'isyah r.a.h yang memiliki kedudukan tinggi dan dimuliakan oleh Ahli Sunnah. Syeikh al-Azhar juga menyeru supaya ulama Syiah mengeluarkan fatwa dan mewajibkan semua penganut Syiah berpegang kepada pendirian ini. (Klik sini )
Namun, apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya apabila buku-buku Syiah yang diedarkan penuh dengan unsur-unsur yang merendah-rendahkan kedudukan para sahabah termasuk mempertikaikan Sayyidina Abu Bakr sebagai khalifah pertama dan memperlecehkan Ummul Mu'minin A'isyah r.a.h. Amat jelas unsur-unsur untuk mensyiahkan penganut Sunni dalam penyebaran buku-buku tersebut. Ini kembali mengingatkan kita kepada buku-buku Syiah karangan para ulama mereka yang jelas-jelas mengutuk dan mencaci maki para sahabah r.h.m.
Antaranya kitab al-Toharah karangan Khomeini yang mengatakan A'isyah, Zubair, Talhah dan Mu'awiyah itu lebih kotor daripada anjing dan khinzir.
Begitu juga kenyataan Imam Syiah al-Khau'i dalam Misbah al-Faqahah yang mengatakan telah sabit dalam riwayat, ziyarat, dan doa-doa bahawa keharusan mendoakan laknat bagi yang menyalahi mereka (Ahl- Sunnah), kewajipan berlepas diri daripada mereka, memperbanyakkan kutukan ke atas mereka...bahkan tidak syak lagi tentang kekufuran mereka kerana yang memungkiri wilayah dan para imam itu adalah kafir!
Oleh itu berhati-hatilah wahai para sahabat..semoga Allah memberi hidayah kepada sahabat kita yang bertukar menjadi Syiah jadian kerana kejahilan dan terpedaya.
Wallahu a'lam
http://
No comments:
Post a Comment