Hukum perkahwinan dengan golongan musyrik dan kafir.
Al-Quran telah menjelaskan larangan berkahwin dengan golongan musyrik dan kafir sebagaimana firman Allah:
Dan janganlah kamu berkahwin dengan wanita-wanita musyrik, sehinggalah mereka beriman. Sesungguhnya hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik dari wanita merdeka yang musyrik, walaupun hati kamu tertarik dengannya. Dan janganlah kamu mengahwinkan lelaki-lelaki musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sehinggalah mereka beriman. Sesungguhnya hamba lelaki yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran. Al-Baqarah ayat 221
Golongan musyrik.
Syirik bermaksud menjadikan suatu yang lain sebagai sekutu atau setanding dengan Allah pada perkara-perkara yang merupakan hak Allah ta’ala sahaja sama ada dalam bab ibadat, memberikan kasih sayang, tunduk, mengagungkan, berdoa dan sebagainya. Orang musyrik ialah orang yang melakukan perbuatan sedemikian.
Di antara golongan yang termasuk dalam kelompok musyrik ialah golongan Syi’ah. Ini adalah berdasarkan kepada akidah-akidah mereka sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka sendiri. Antaranya ialah Allah ta’ala mengatakan bahawa Dialah yang memiliki dunia sebagaimana firman-Nya:
Sesungguhnya dunia ini adalah milik Allah. Dia boleh mewariskan kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya dan akibat yang baik adalah untuk orang-orang yang bertakwa. Surah al-A’raf ayat 128
Tetapi golongan Syi’ah telah melakukan syirik kepada Allah ta’ala dengan memberikan sifat tersebut kepada imam-imam mereka seperti di dalam riwayat di bawah:
Daripada Abu Bashir daripada Abu Abdillah a.s. (Imam Ja’far as-Sadiq) katanya: “Tidakkah engkau (Abu Basir) tahu bahawa sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana ia kehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya”.Usul al-Kafi jil. 1 hal. 409 Bab Dunia Ini Semuanya Kepunyaan Imam
Di antara sifat Allah ta’ala yang diberikan oleh Syi’ah kepada imam-imam mereka ialah kekal dan tidak akan binasa sama sekali. Syeikh Saduq telah mengemukakan satu riwayat kononnya daripada Imam Jaa’far as-Sadiq yang berbunyi:
Daripada Abu Abdillah (Jaa’far as-Sadiq) a.s. berkenaan firman Allah “Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah-Nya” beliau berkata: “Kamilah (wajah Allah itu)”. At-Tauhid Syeikh Saqud Bab Tafsir Firman Allah Ta’ala ‘Segala Perkara Akan Binasa Kecuali Wajahnya hal. 151.
Syi’ah juga memberikan sifat Allah ta’ala iaitu mengetahui segala perkara termasuk perkara ghaib kepada imam-imam mereka. Antara riwayat yang menjelaskan perkara tersebut ialah:
Mereka (perawi-perawi) mendengar Aba ‘Abdillah a.s. berkata: “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit-langit dan bumi dan aku mengetahui apa yang terdapat di dalam syurga serta apa yang terdapat di dalam neraka dan aku mengetahui segala yang telah berlaku dan akan berlaku”. Perawi berkata: “Kemudian dia diam seketika lalu mendapati perkara tersebut berat kepada orang yang mendengarnya lalu ia berkata: “Aku mengetahui perkara tersebut daripada kitab Allah ‘azzawajalla”. Usul al-Kafi jil. 1 hal 262
Hukum perkahwinan antara Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah dengan Syi’ah.
Berdasarkan apa yang dikemukakan di atas menunjukkan bahawa perkahwinan dengan golongan musyrik adalah suatu yang dilarang oleh agama. Termasuk dalam golongan musyrik tersebut adalah golongan Syi’ah. Kesimpulannya ialah:
Ø Perkahwinan dengan penganut Syi’ah adalah suatu yang dilarang oleh agama dan perkahwinan tersebut adalah suatu yang tidak sah di sisi agama.
Ø Sesiapa sahaja dari kalangan Ahl Sunnah yang telah melangsungkan perkahwinan dengan penganut Syi’ah sama ada dalam keadaan sedar atau tidak bahawa pasangannya itu adalah seorang Syi’ah maka perkahwinan itu dengan sendirinya terfasakh atau terbatal.
Sebagai penutup marilah kita merenung firman Allah ta’ala yang mempunyai hubung kait dengan perkara yang dibincangkan.
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Surah al-Mujadalah ayat 22
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Surah Ali ‘Imran ayat 118
Sila baca penjelasan ini lebih detail di: http://
Umat Islam Malaysia wajar elak kahwin penganut Syiah, kata Mufti Perlis
“Kita bimbang sekirannya berkahwin dengan pasangan ajaran Syiah, sebagai contoh daripada Sudan atau Pakistan, sekiranya bercerai sukar untuk kita mendapatkan hak jagaan anak apabila pasangan pulang semula ke negara asal.
“Ini yang kita bimbang, sebab itu kita mahu berikan peringatan terutamanya kepada pelajar supaya perkara ini tidak berlaku,” katanya.
Beliau berkata, keterbukaan kerajaan Malaysia membenarkan ramai penganut ajaran Syiah ke negara ini boleh mengundang kepada masalah tersebut.
“Ramai orang Islam tidak tahu mengenai ajaran Syiah ini kerana tidak faham apa pegangan mereka, masalah akan timbul selepas mereka berkahwin.
Sila baca penerangan oleh Mufti Perlis lebih detail di: http://
KANGAR: Demi menjaga akidah, seorang isteri yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi di Kampung Alor Ara, Arau, dekat sini, bertindak menuntut fasakh selepas menyedari suaminya seorang penganut Syiah tegar bagi mengelak diri dan dua anak lelakinya terus terpesong daripada ajaran Islam.
Baca lebih lanjut di sini: http://www.facebook.com/
*Kami cadangkan buat mereka yang mempunyai masalah seperti ini, terus laporkan kepada Jabatan Agama Islam di kawasan anda. Insyaallah mereka akan cuba membantu.
"Nasihat Gadis Melayu yang pernah terperangkap dengan lelaki Syiah":http://www.facebook.com/
No comments:
Post a Comment