Monday, October 15, 2012

Wahai para pemuda dan pemudi Islam. Marilah kita kembali menyempurnakan solat kita

Wahai para pemuda dan pemudi Islam. Marilah kita kembali menyempurnakan solat kita. 

Pada pandangan kita mungkin ianya remeh, tetapi tidak pada pandangan Allah.

Tidakkah hal ini merupakan salah satu faktor berpecahnya Ahli Sunnah? Mungkin kerana inilah juga umat Islam sering bertelagah dan tidak bersatu.

Sabda Nabi saw: "Tegakkanlah (ratakan dan luruskan) saf-saf kamu sekalian. Demi Allah, (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu atau Allah akan MENCERAI-BERAIKAN HATI KAMU!". - HR: Abu Daud. No. 516

"Wahai Hamba Allah, hendaklah kamu meluruskan (merapatkan atau meratakan) saf-saf kamu, atau Allah akan MEMALINGKAN WAJAH-WAJAH KAMU (saling berselisih)!". - HR: Bukhari. No. 717. Dan Muslim No. 436

"Dan barangsiapa memutuskan saf (tidak merapatkan atau memenuhkan saf), maka Allah akan MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN-NYA". - HR: Ahmad dalam Musnad dan Abu Daud No. 785

*Tidakkah ini suatu ancaman yang berat lagi menggerikan? Marilah kita memulakan merapatkan saf, jangan takut dan geli kerana itu semua datangnya daripada syaitan. Ini saatnya umat Islam bersatu!
 —

No comments:

Post a Comment