KUALA LUMPUR - Senarai daftar baharu pemilih yang melibatkan seramai 13.34 juta pemilih berdaftar sehingga Disember 2012 akan diwartakan pada 22 Februari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2L3LBBzr5
Hakcipta terpelihara
Beliau menasihatkan semua pemilih berdaftar supaya menyemak daftar pemilih berkenaan supaya sebarang kesilapan dapat diperbetulkan segera.
Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan seramai 16 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diumumkan bila-bila masa selepas daftar pemilih itu diwartakan.
"Hanya dua juta lebih rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah itu adalah lebih kurang 18 atau 19 peratus sahaja daripada 16 juta yang layak mengundi.
"Kesedaran rakyat Malaysia untuk mengundi semakin meningkat dan ini bermakna promosi dan kerja keras SPR telah berjaya. Daftar pemilih itu melibatkan seramai 2.3 juta pengundi berusia bawah 39 tahun yang baru mendaftar sebagai pemilih," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR di sini semalam.
Menjawab soalan daripada peserta rundingan, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar dari Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia, Abdul Aziz menjelaskan, pelaksanaan undi elektronik memerlukan pindaan undang-undang terlebih dulu.
Pada majlis yang sama, Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Datuk Seri Zakri Abdul Hamid melancarkan laman sesawang www.bangipoll.com yang memuatkan data-data mengenai sosialisasi politik semasa hasil beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MPN. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2L3LBBzr5
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment