Saturday, February 16, 2013

Syria bersedia untuk pertempuran terbesar



BEIRUT 16 Feb. - Tentera Syria dan pemberontak bersedia untuk pertempuran besar bagi menguasai lapangan-lapangan terbang strategik di Aleppo, kata para pemerhati.
Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusiaan Syria melaporkan, beberapa pertempuran telah tercetus di sekitar lapangan terbang antarabangsa Aleppo, pangkalan udara Nayrab dan satu lagi kompleks tentera.
“Tentera menembak sekitar kawasan lapangan terbang antarabangsa Aleppo dan pangkalan Nayrab pada pagi Jumaat, sementara pemberontak menggunakan roket-roket buatan sendiri mengebom Nayrab," kata Pengarah badan itu, Rami Abdel Rahman. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130216/lu_14/Syria-bersedia-untuk-pertempuran-terbesar#ixzz2L1Q1Goyp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment