Saturday, February 16, 2013

KUBU UMNO PECAH LAGI!


Malam tadi 2 Cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kg Pt Gantung dan Bt 22 Jalan Muar. Hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas2 pemimpin dan penyokong kuat Umno.

Meskipun UMNO cuba manipulasi isu Kalimah Allah dengan buat Solat Hajat selepas jumaat di seluruh Masjid di negeri Johor dan menakutkan orang melayu dengan DAP; ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS.

Pt Gantung dan Bt 22 terletak dalam Parlimen Pt Sulong.

Pemimpin BN khususnya Umno elit. Jarang turun padang. Mereka tidak bersama dengan denyut nadi rakyat. Isu kos sara hidup, pengambilan tanah Pengerang, kehilangan tanah melayu di Iskandar Malaysia, projek pelupusan sampah, perumahan Gen 2&3 peneroka adalah antara deretan isu yang gagal ditangani kerajaan BN Johor.

InshaAllah, lebih ramai pemimpin dan ahli Umno akan bersama Pakatan Rakyat. UMNO bakal berkubur di Johor!

P/S : Ini betul-betul bukan Cobaaan.....bukan berlakon masuk tv3 suku....

No comments:

Post a Comment