Saturday, February 16, 2013

Pegawai jual kereta rasmi pejabat, beli motosikal



MUDA menaiki motosikal ketika melakukan rondaan di kawasan pentadbirannya Kubu Raya, Kalimantan Barat.
KALIMANTAN BARAT - Pegawai daerah Kubu Raya di sini, Muda Mahendrawan mencipta kejutan kepada penduduk daerah ini dengan menjual kenderaan rasmi pejabat, sebuah kereta Toyota Camry pada bulan pertama beliau memegang jawatan itu.
Tindakan Muda bagaimanapun dilihat merupakan langkah bijak seorang pegawai kerajaan kerana dengan duit hasil jualan kereta sebanyak 1 bilion rupiah (RM320,383) itu, beliau membeli 50 unit motosikal bergerak bagi kegunaan bidan kampung di Kubu Raya.
''Semasa saya melakukan lawatan ke kampung, masih ada jalan yang tidak boleh dilalui kereta dan memerlukan saya menggunakan motosikal.
''Tambah mengejutkan, motosikal yang saya gunakan merupakan hasil daripada jualan Camry hingga penduduk kampung menyebut motosikal itu adalah kereta Toyota milik pegawai daerah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130216/lu_12/Pegawai-jual-kereta-rasmi-pejabat-beli-motosikal#ixzz2L1N4dPdb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment