14 Mac 2013
DAMSYIK - Seorang delegasi Kesatuan Eropah (EU) di Syria terbunuh selepas terkena serangan roket di pinggir Damsyik, semalam.
Ketua Dasar Asing EU, Catherine Ashton berkata, pegawai polisi Ahmad Shihadeh, maut ketika sedang menyediakan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat di selatan Darayya.
“Kami kesal dengan kejadian itu dan keganasan di Syria perlu dihentikan segera,” katanya dipetik Reuters
Menurutnya, serangan itu akan dibincangkan pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali gus menyangkal dakwaan Britain dan Perancis yang menuduh EU bertanggungjawab membekalkan senjata kepada tentera rejim.
Sementara itu, aktivis Koordinasi Jawatankuasa Tempatan melaporkan, dua peluru berpandu mendarat di Darayya sejak Selasa lalu, memusnahkan bangunan dan kawasan penempatan.
“Serangan dimulakan oleh rejim Presiden Syria, Bashar Al Assad yang ingin menawan lapangan terbang tentera Mezzeh yang terletak berdekatan bandar itu,” katanya.
Menurutnya, 15 orang awam termasuk enam kanak-kanak terbunuh dalam serangan terbabit dan keadaan bertambah sulit apabila hospital berdekatan bandar tersebut gagal menyediakan kelengkapan perubatan selepas terputus hubungan.
Darayya merupakan salah satu lokasi kubu kuat Tentera Pembebasan Syria (FSA) sejak pergolakan bermula dua tahun lalu.

No comments:
Post a Comment