15 Mac 2013
PHNOM PENH - Pengasas bersama pergerakan kejam Khmer Rouge, Ieng Sary yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh 1.7 juta rakyat Kemboja, meninggal dunia pagi semalam.
Ieng Sary meninggal dunia pada usia 87 tahun dan kematiannya itu disahkan oleh jurucakap tribunal, Lars Olsen.
Menurutnya, punca kematian Sary tidak dapat disahkan tetapi dipercayai akibat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
"Mendiang sebelum ini dirawat di Hospital Phnom Penh sejak 4 Mac lalu. Kami kecewa kerana kesnya tidak sempat ditamatkan," katanya.
Sary dibicarakan menerusi tribunal antarabangsa bersama kerajaan Kemboja yang turut membabitkan dua lagi bekas pemimpin Khmer Rouge, Nuon Cheadan dan Khieu Samphan.
Kedua-duanya tertuduh juga lingkungan 80-an dan dikhuatiri tidak sempat menjalani hukuman atas tuduhan jenayah perang.
Isteri Sary, Ieng Thirith yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Sosial, tidak dihadapkan ke mahkamah tahun lalu kerana menghidap Alzheimer.
Sary mengasaskan Khmer Rouge bersama Pol Pot, iaitu abang iparnya dan memerintah Kemboja pada 1975 hingga 1979, dipetik dalam laporan AP.

No comments:
Post a Comment