Golongan karyawan Kumpulan Kartunis Independen meneruskan siri jelajah bagi mempromosikan manifesto gabungan parti tersebut dalam bentuk karya kartun mereka.
Kartunis Zunar yang mengetuai kumpulan 35 orang karyawan itu berkata, karya berkenaan – antaranya dalam bentuk animasi, baju T dan novel grafik – dihasilkan secara bebas.
"Apa yang kami buat ini pun tak mendapat bayaran atau arahan dari mana-mana parti politik.
"Cuma kami bersetuju untuk menyokong manifesto Pakatan Rakyat. Kami percaya manifesto ini bukan semata-mata untuk parti tapi untuk rakyat.
"Siri jelajah telahpun kami buat sebelum ini di dua tiga tempat seperti di Pahang, Perak dan Melaka. Minggu depan kami akan buat di Taman Tasik Titiwangsa," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.
Kumpulan artis berkenaan akan menggunakan sebuah van bagi menjayakan siri jelajah tersebut, katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
No comments:
Post a Comment