NEW YORK 15 Ogos - Laman sosial Facebook mula memaksa orang ramai supaya menggunakan Facebook Messenger selepas mengumumkan memisahkan perkhidmatan itu daripada aplikasi utamanya pada April lalu.
Keadaan tersebut mengakibatkan pengguna laman itu menjadi sakit hati dan berang dengan perubahan berkenaan, menyebabkan mereka berpusu-pusu menuju ke kedai aplikasi Android, Google Play untuk memfailkan aduan masing-masing.
Selain itu, menurut pengguna, ketetapan aplikasi tersebut turut membenarkan Facebook mengakses gajet pengguna untuk menghantar mesej dan juga membuat panggilan telefon.
Menurut Google Play, aplikasi itu juga membolehkan Facebook membaca senarai kenalan pengguna, mengedit, membaca dan menerima teks mesej.
Facebook Messenger juga didakwa membenarkan Facebook untuk secara langsung menghubungi nombor telefon pengguna, mengubah atau memadam fail pada penyimpanan USB, mengambil gambar dan video, merakam audio, memuat turun fail tanpa pemberitahuan, mengawal getaran dan mengubah sambungan rangkaian.
Keadaan itu mengakibatkan pengguna mengadu tentang aplikasi tersebut yang melanggar hak privasi mereka, lapor Mail Online.
Awal minggu ini, aplikasi itu secara purata diberikan rating satu bintang pada Play Store namun sejak itu meningkat kepada 4.1, walaupun 90 peratus daripada 100 ulasan pertama memberikan rating serendah mungkin.
Ulasan pada Google Play Store itu termasuk: Saya tidak mahu menggunakan aplikasi ini (Facebook Messenger). Serius. Mengapa Facebook memaksa perkara ini pada setiap orang? Aplikasi ini menjengkelkan.
Namun terdapat juga komen positif: Bertenang semua! Sudah tentu Facebook memerlukan kebenaran untuk akses kepada kamera anda.
Facebook baru-baru ini menyatakan, hampir semua aplikasi memerlukan kebenaran untuk digunakan oleh Android.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140816/lu_07/Facebook-Messenger-menjengkelkan#ixzz3AVJZHShI
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment