MEXICO CITY 15 Ogos - Mexico muncul negara terbaharu di benua Amerika Latin mengharamkan penggunaan haiwan dalam pertunjukan sarkas selepas kerajaan negara ini menggubal satu undang-undang melindungi hak asasi haiwan pada bulan lalu.
Akhbar Daily Mail melaporkan Presiden Persatuan Sarkas Mexico, Armando Cedeno berkata, keputusan itu bakal mengakibatkan 50,000 pekerja sarkas hilang pekerjaan dan sebanyak 3,500 pekerja lagi terjejas ekoran pelaksanaan undang-undang baharu itu.
Sebelum ini, enam negara di benua itu telah mengharamkan penggunaan haiwan dalam pertunjukan sarkas termasuk Bolivia, Peru, Paraguay dan Colombia.
Para pekerja sarkas telah mengadakan bantahan turun ke jalan-jalan raya di Mexico City baru-baru ini bagi membantah undang-undang mengharamkan penggunaan haiwan di sarkas, yang mereka didakwa diberi layanan sewajarnya.
"Haiwan-haiwan itu dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana sarkas. Mustahil untuk membebaskannya ke habitat sebenar kerana mereka boleh mati," kata seorang pekerja sarkas, Cedeno.
Undang-undang baharu itu menetapkan pemilik sarkas akan didenda sehingga AS$70,000 (RM222,243) dan haiwan mereka akan dirampas jika didapati melanggar peraturan tersebut.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140816/lu_08/Mexico-haram-penggunaan-haiwan-sarkas#ixzz3AVJmLt7I
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment