THE HAGUE- NETHERLANDS. Seramai 127 mangsa nahas pesawat MH17 yang dikenal pasti termasuk 20 nama baru diumum oleh pakar forensik Belanda kepada waris semalam.
Menurut laporan sebuah stesen penyiaran di sana , daripada 20 mangsa tersebut, 15 daripadanya terdiri daripada warganegara Belanda.
“Manakala mayat-mayat yang lain tidak diumumkan,” menurut laman web NOS.
Pesawat penerbangan MAS MH17 dilaporkan ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia ketika pesawat tersebut terbang menuju ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.
Tragedi nahas tersebut mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuk anak kapalnya.
Operasi pencarian mayat di lokasi nahas dihentikan sekali lagi pada minggu lalu berikutan pergolakan semakin memuncak berlaku antara Kiev dan puak pemisah pro-Rusia.
Dalam perkembangan lain, kerajaan Malaysia mengumumkan mayat mangsa warga Malaysia bagi nahas MH17 dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 22 Ogos depan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Berkabung Negara bagi seluruh Malaysia.

No comments:
Post a Comment