Thursday, September 23, 2010

Semua Suspek Disaman RM2Oj Oleh Keluarga Mangsa



Pembunuhan kejam Sosilawati: Semua suspek disaman RM20j

KUALA LUMPUR: Waris jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dibunuh secara kejam di Banting, 30 Ogos lalu akan memfailkan saman RM20 juta terhadap semua suspek kes itu.

Peguam Kamaruddin Ahmad daripada Tetuan Kamaruddin & Partners berkata,tuntutan itu mengambil kira kesan dan trauma dihadapi semua waris, termasuk anak-anak yang masih kecil serta hilang tempat bergantung. Tragedi ini menyebabkan suami kehilangan isteri, isteri kehilangan suami, anak-anak kehilangan ibu dan bapa yang boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang teruk. Justeru, jumlah tuntutan ini dirasakan wajar, setimpal kesan dialami mereka yang disifatkan sebagai amat dahsyat, termasuk dari segi emosi untuk satu tempoh yang lama, katanya kepada Berita Harian.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dilaporkan hilang sebelum dibunuh secara kejam di Tanjung Sepat, Banting selepas menemui seorang peguam yang juga rakan kongsinya.

Turut dibunuh pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.

Bukit Aman mengesahkan semua mangsa dilaporkan dipukul hingga mati, kemudian diikat dan ditikam berkali-kali sebelum mayat dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Kamaruddin berkata, tuntutan saman itu akan difailkan plaintif termasuk ibu bapa, dua isteri serta 12 anak semua mangsa, termasuk yang masih kecil dan belum bersekolah.

Tuntutan ini boleh dibuat mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Undang-Undang Sivil 1956, katanya.

Kamaruddin berkata, pihaknya sudah berbincang secara tidak rasmi dengan ahli keluarga semua mangsa termasuk rakan kongsinya yang juga Pengurus Kamaruddin & Partners cawangan Putrajaya, Ahmad Kamil Abd Karim dan perbincangan selanjutnya akan diadakan di pejabatnya hari ini.

Kita berharap pihak berkuasa termasuk polis akan mengambil langkah sewajarnya bagi menghalang suspek utama menyorok atau memindahkan harta seperti kereta mewah milik mereka yang dilaporkan media, katanya.

Kelmarin, Kamaruddin berkata, firma guamannya menawarkan khidmat guaman percuma kepada ahli keluarga empat mangsa bagi memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap suspek kes itu bagi menuntut hak mereka yang kehilangan tempat bergantung.

Beliau berkata, proses memfailkan saman itu akan dibuat selepas semua suspek didakwa di mahkamah.

Tuntutan ini boleh dibuat mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Undang-Undang Sivil 1956.

Kita akan tunggu pendakwaan di mahkamah terlebih dulu, selepas itu baru kita tahu tuntutan itu dikemukakan kepada berapa suspek kerana ketika ini kita tidak tahu berapa ramai yang akan didakwa.

Jumlah keseluruhan tuntutan ganti rugi yang akan difailkan nanti juga bergantung kepada perbincangan selanjutnya dengan keluarga mangsa, katanya. -BH

No comments:

Post a Comment