Saturday, July 23, 2011

9 mayat penumpang Black Hawk terhempas ditemui

BANGKOK: Pasukan penyelamat Thailand menemui semua sembilan mayat penumpang helikopter Black Hawk milik tentera Thai yang terhempas Selasa lalu ketika ia terbang ke lokasi nahas sebelum itu, kata peagwai tentera, semalam.

Penemuan bangkai helikopter berkenaan, hanya beberapa meter dari lokasi nahas yang pertama, menjadikan jumlah korban daripada dua nahas itu kepada 14 orang. Helikopter Black Hawk itu ditemui dalam hutan terpencil di seberang sempadan Myanmar, pagi semalam tiga hari selepas ia hilang ketika misi mencari lima mayat anggota tentera yang terbunuh dalam nahas helikopter Sabtu lalu. “Saya dapat mengesahkan semua sembilan penumpang mati dalam Black Hawk yang terhempas itu,” kata jurucakap tentera wilayah tengah, Kolonel Thammanoon Withee. - AFP

myMetro | 9 mayat penumpang Black Hawk terhempas ditemui

No comments:

Post a Comment