Kelmarin, Parlimen dengan sebulat suara telah meluluskan satu rang undang-undang yang melarang sesiapa yang berusia di bawah 18 tahun daripada menghadiri gereja dan bersolat di masjid.
Golongan itu juga diwajibkan belajar di sekolah sekular.
Rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Presiden Emomali Rahmon, yang kemudian akan menandatanganinya.
'Undang-undang ini bertujuan melindungi kepentingan generasi muda Tajikistan,' kata pengerusi Dewan Rakyat, Encik Makhmadsaid Ubaydullayev, dalam satu kenyataannya.
Pihak berkuasa di bekas negara Soviet itu berkata undang-undang baru ini perlu bagi mengelakkan penyebaran ideologi fundamental.
Namun, usaha itu telah dikecam oleh pemimpin agama.
'Ini satu hari yang menyedihkan bagi orang Islam. Tindakan mengenakan hukuman dan penindasan agama serupa ini malah tidak pernah wujud semasa pemerintahan Soviet,' kata seorang pemimpin Islam, Encik Akbar Turadzhonzoda, yang merupakan mantan timbalan perdana menteri.
Tajikistan berkongsi sempadan dengan Afghanistan.
Pemerintah sekular negara yang mempunyai 7.5 juta penduduk itu menuduh kumpulan agama sengaja membangkitkan kekacauan dalam usaha mewujudkan negara Islam.
Presiden Rahmon, yang telah memerintah Tajikistan sejak awal 1990-an, telah memanggil balik para pelajar yang menuntut di sekolah agama di luar negara pada musim luruh lalu.
Menurutnya, institusi serupa itu bertujuan 'menghasilkan golongan pengganas'. -- AFP.
Cyberita Online Luar Negara
No comments:
Post a Comment