Saturday, July 23, 2011

Gaun kahwin Middleton dipamer


KURATOR pameran, Caroline de Guitaut bersama gaun pengantin Middleton.
KURATOR pameran, Caroline de Guitaut bersama gaun pengantin Middleton.


LONDON: Gaun pengantin ciptaan Alexander McQueen yang dipakai Kate Middleton ketika berkahwin dengan Putera William bakal dipamerkan kepada umum mulai hari ini.

Gaun satin berwarna putih gading yang direka Sarah Burton akan dipamerkan di Istana Buckingham pada Sabtu sebagai acara tahunan pembukaan musim panas di mana beratus ribu pengunjung dijangka akan melihatnya.
Sejuta penduduk berbaris di jalanan di London untuk menyaksikan pasangan itu yang kini bergelar Duke dan Duchess of Cambridge, ketika mereka berkahwin pada 29 April lalu tetapi tidak ramai yang berpeluang melihat lebih dekat gaun pengantin terbabit.
Renda yang diletakkan pada gaun terbabit dibuat dengan memotong bunga renda itu secara individu dan dijahit dengan rekaan yang unik menggunakan jahitan yang amat halus iaitu dua atau tiga milimeter.

Ahli Royal School of Needlework dilaporkan membasuh tangan mereka setiap setengah jam ketika bekerja untuk menyiapkan perincian renda terbabit dan menukar jarum mereka setiap tiga jam untuk memastikan ia sentiasa tajam.

Dalam satu temu bual video yang dimainkan ketika pameran, Burton menerangkan buat pertama kalinya mengenai idea di sebalik gaun berkenaan di mana Catherine sendiri dikatakan turut terbabit secara langsung. – AFP Berita Harian Online | Gaun kahwin Middleton dipamer

No comments:

Post a Comment