Saturday, July 23, 2011

Toreh kekasih

GOMBAK: Seorang wanita terpaksa menerima 17 jahitan di leher dan tiga jahitan di dada selepas ditoreh teman lelakinya gara-gara perselisihan faham yang berlaku antara mereka di padang berhampiran rumahnya di Taman Batu Utama, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita terbabit yang berusia 26 tahun berjumpa dengan teman lelakinya berusia 27 tahun untuk berbincang selepas dia mendapat tahu teman lelakinya itu sudah berkahwin.

Akibat penipuan dilakukan lelaki itu, wanita terbabit nekad memutuskan hubungan kerana tidak sanggup berkongsi kasih dengan suami orang.

Sumber berkata, mangsa yang menerima panggilan daripada teman lelakinya yang merayu untuk berjumpa kemudian bersetuju menemui lelaki itu yang menunggu di padang berhampiran rumahnya.


Menurutnya, lelaki terbabit kemudian memujuk mangsa agar tidak memutuskan hubungan mereka kerana terlalu menyintainya.

myMetro | Toreh kekasih

No comments:

Post a Comment