Thursday, September 27, 2012

Ahmadinejad desak peraturan baru dunia




27 September 2012
NEW YORK - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mendesak peraturan baru dunia diwujudkan bagi menggantikan peraturan sedia ada yang dianggap didominasi Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Ahmadinejad yang ditemu bual The Associated Press (AP), selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengetengahkan jalan penyelesaian isu perang saudara di Syria dan mengetepikan persoalan masa depan nuklear Iran selain mendakwa negaranya masih utuh walaupun Barat mengenakan pelbagai sekatan.

"Murid-murid sekolah rendah seluruh dunia pun memahami bahawa kerajaan AS sebenarnya melaksanakan satu dasar antarabangsa yang membuli," katanya.

Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama mengeluarkan amaran kepada Iran bahawa tempoh menyelesaikan pertikaian program nuklearnya tamat dan AS tidak akan bertoleransi lagi.

Ahmadinejad bagaimanapun belum menjawab desakan Obama kerana menghormati proses pilihan raya AS, pada November depan.

Namun, pemimpin Iran itu mempersoalkan tindakan sekatan antarabangsa ke atas program nuklearnya sebagai satu alasan Barat untuk menguasai negaranya dan mendakwa AS tidak pernah menerima Iran sebagai sebuah kerajaan selepas revolusi Islam pada 1979.  - AP

No comments:

Post a Comment