BANGKOK: Thailand memberi kebenaran untuk pil perangsang seks Viagra jenis generik yang lebih murah dijual mulai minggu depan, dalam usaha untuk mengawal penjualan barang tiruan, kata pegawai, semalam.
Pil berbentuk berlian warna biru dibuat di Thailand itu, yang hampir sama dengan pil asli keluaran syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat, Pfizer, dikenali sebagai “Sidegra” dan akan dijual secara preskripsi di seluruh negara mulai 1 Oktober.
Dijual pada harag 25 baht (RM2.50) setiap satu, Pengurusan Makanan dan Ubatan (FDA) Thailand berkata, ia10 kali lebih murah daripada harga Viagra.
Setiausaha Agung FDA, Pipat Yingseree dalam satu kenyataan berkata, “Cara ini dapat mengurangkan penjualan ubat tiruan dengan memudahkan pembelian untuk ubat asli.”
Kenyataan itu berkata, Pfizer juga mahu menurunkan harga ubat itu 30 peratus lebih murah.” - Bangkok Post
No comments:
Post a Comment