Thursday, September 27, 2012

Obama kutuk keganasan






NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk filem anti-Islam dan keganasan di Asia Barat yang tercetus akibat filem itu, sambil menegaskan 'tiada ucapan yang boleh menjustifikasikan keganasan kejam ini.'
Beliau berkata demikian di hadapan perwakilan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin (PBB) dengan menyatakan bahawa tiada perkataan yang boleh dijadikan alasan untuk membunuh orang tidak bersalah dan tiada filem yang boleh menjustifikasikan serangan ke atas pejabat kedutaan.
Obama berkata, filem itu bukan sahaja penghinaan kepada orang Islam, malah menghina AS.
Komen itu dinyatakan oleh Obama selepas protes ganas tercetus di Asia Barat dan Afrika Utara berikutan penyebaran filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Keganasan itu telah membunuh empat orang warga AS termasuk dutanya di Benghazi, Libya, Chris Stevens dan lebih 50 orang lain. - AP

No comments:

Post a Comment