LONDON 27 Sept. - Hakim Mahkamah Tinggi Britain semalam membatalkan ekstradisi Abu Hamza ke Amerika Syarikat (AS) setelah ulama Islam itu mengemukakan rayuan pada saat-saat akhir.
Hakim mengeluarkan `injunksi interim bagi menghalang pengusiran Abu Hamza dan seorang lagi suspek pengganas, Khaled Al-Fawwaz sementara menunggu perbicaraan di mahkamah terbuka yang akan `berlaku segera.
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah Isnin lalu mengesahkan keputusan yang dibuat pada 10 April yang membenarkan ekstradisi Hamza, Fawwaz dan tiga lagi suspek dari Britain ke AS.
``Permohonan dikemukakan oleh Kamel Mustafa Mustafa atau Abu Hamza dan Khaled Al-Fawwaz yang mahu perintah injunksi bagi menghalang pengusiran mereka dari Britain dan hakim mahkamah tinggi memutuskan kes itu dibicarakan di mahkamah terbuka, kata jurucakap Pejabat Kehakiman. - AFP
No comments:
Post a Comment