KUANTAN 26 Sept. - Sebanyak 1,797 kes kesalahan jenayah syariah direkodkan sepanjang tahun lalu di negeri ini dengan kesalahan khalwat mencatatkan tangkapan tertinggi melibatkan 948 kes.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, ia diikuti kesalahan berjudi dengan 677 kes, tidak menghormati Ramadan (62 kes) minum minuman yang memabukkan (39 kes), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11 kes) dan lain-lain kesalahan sebanyak 60 kes.
''Bagi memastikan statistik ini terus menurun, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengambil beberapa langkah terutama dalam aspek penguatkuasaan termasuk menambah anggota penguat kuasa sejak dua tahun lalu," kata beliau.
No comments:
Post a Comment