Thursday, September 27, 2012

Doktor bantah Viagra dikeluar besar-besaran di Bangladesh


       
DHAKA: Doktor di Bangladesh semalam meminta kerajaan untuk menghentikan permit membenarkan pil Viagra dikeluarkan secara besar-besaran untuk pasaran tempatan kerana bimbang ia akan menyebabkan pil anti-impoten itu boleh dibeli di kaunter farmasi.

Baru-baru ini Jawatankuasa Pengawalan Ubatan memberi lesen kepada berpuluh-puluh syarikat untuk mengeluarkan dan memasarkan ubat sitrat sildenafil, atau lebih dikenali sebagai viagra, dalam dua bentuk, menolak polisi lama.
Persatuan Perubatan Bangladesh yang mewakili 32,000 doktor di negara ini membantah keputusan itu kerana bimbang ubat itu akan menjadi mudah untuk diperoleh terutama oleh mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Setiausaha Agung persatuan itu, Sharfuddin Ahmed berkata, “Kami mahu kerajaan membatalkan lesen itu kerana ubat itu sekiranya ia bukan ditetapkan oleh doktor boleh menyebabkan masalah kesihatan awam.”




Persatuan itu akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan keputusan itu minggu lalu kerana ia melibatkan kebimbangan masalah peraturan penjualan ubat.


“Sesiapa saja boleh membeli pelbagai jenis ubat di kaunter di farmasi di sini, walaupun ubat itu adalah sepatutnya dikeluarkan oleh pakar perubatan,” katanya.

Keputusan memberi lesen dibuat apabila badan teknikal berkata jumlah mereka yang mengalami masalah mati pucuk semakin ramai di negara ini, kata jawatankuasa itu di laman webnya. - AFP

No comments:

Post a Comment