Zainab (kanan) digari dan diberi amaran oleh seorang polis wanita selepas mengadakan protes di Bahrain, bulan lalu |
Zainab Al-Khawaja merupakan anak perempuan pemimpin aktivis Syiah, Abdulhadi Al-Khawaja, ditangkap dalam satu tunjuk perasaan pada Ogos lalu, yang mana, memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah.
Peguambela, Mohammed Al-Jishi berkata hukuman yang dikenakan mahkamah adalah terlalu keras dan tidak munasabah.
Jishi memberitahu, anak guamnya itu kini masih berhadapan lapan dakwaan yang dibuat terhadapnya melibatkan protes bulan lalu dan bakal dibicarakan bermula awal Oktober ini.
Zainab dilaporkan terlibat dalam beberapa bantahan di ibu pejabat Tentera Laut Kelima Amerika Syarikat (AS) di Bahrain bersama pro-demokrasi dan pengikut Syiah, tahun lalu.
Bapanya yang dihukum penjara pernah melaksanakan mogok lapar lebih tiga minggu awal tahun ini bagi membantah hukuman yang dianggap tidak adil dan berat sebelah. - Reuters
No comments:
Post a Comment