WASHINGTON 27 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menuduh kuasa nuklear Barat `cuba menakut-nakutkan, dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diboikot Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Bagaimanapun Presiden Iran itu menghindarkan diri daripada membuat kenyataan tentang nuklear Israel dalam penampilan akhirnya pada sidang kemuncak PBB.
"Perlumbaan senjata dan cubaan menakut-nakutkan dengan senjata nuklear serta senjata pemusnah besar-besaran oleh pengaruh sesebuah kuasa telah menjadi berleluasa.
"Ancaman berterusan oleh Zionis yang tidak bertamadun untuk menggunakan senjata ke atas negara kami adalah contoh yang jelas akan realiti yang pahit ini, kata Ahmadinejad. - AFP
No comments:
Post a Comment