Thursday, September 27, 2012

Rakyat Mesir hina nabi dibicara



Penduduk Islam Bangladesh melaungkan slogan anti-Amerika semasa satu bantahan berhubung penyiaran filem Innocence of Muslims di Dhaka, Bangladesh, semalam. - Reuters
KAHERAH 26 Sept. - Seorang rakyat Mesir penganut Kristian Qibti yang dibicarakan kerana menghina agama dengan mengepos sedutan filem anti-Islam yang mencetuskan bantahan ganas di seluruh dunia di Internet, menafikan dakwaan berkenaan, hari ini.
Albert Saber, 27, ditahan di kediamannya di Kaherah pada 13 September lalu selepas jirannya memaklumkan kepada pihak berkuasa dia telah mengepos sedutan filem Innocence of Muslims di laman rangkaian sosial.
Dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah dalam kes yang mendapat kecaman kumpulan hak asasi dan meningkatkan kebimbangan berhubung kebebasan bersuara di bawah pemerintahan Mohammed Mursi.

No comments:

Post a Comment