RIO DE JANEIRO - Pihak berkuasa menahan Presiden Google di Brazil, Fabio Jose Silva Coelho semalam atas dakwaan melanggar undang-undang pilihan raya negara Amerika Selatan itu.
Coelho didakwa tidak mengeluarkan video atas talian yang didakwa memfitnah seorang calon jawatan Datuk Bandar.
Tindakan itu muncul ketika beberapa negara mendesak YouTube dan Google mengeluarkan klip filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Mato Grosso do Sul, negeri di barat daya, menuduh Coelho enggan mematuhi permintaan agar video berkenaan dikeluarkan dari YouTube.
Polis persekutuan menahan Coelho semalam. Penahanannya diumumkan di Sao Paulo.
Bagaimanapun menurut polis, tindakan Coelho hanya jenayah kecil dan akan dibebaskan sebaik dia menandatangani dokumen bahawa dia akan hadir di mahkamah.
Di bawah undang-undang Brazil, tindakan melanggar arahan hakim boleh membawa hukuman penjara setahun.
Awal bulan ini, seorang eksekutif syarikat lain berhadapan dengan dakwaan yang sama di negeri utara Brazil, Paraiba kerana didakwa memfitnah calon Datuk Bandar di wilayah itu.
No comments:
Post a Comment