Monday, October 29, 2012

114 lagi maut pada hari kedua Aidiladha di Syria



BEIRUT 28 Okt. - Kira-kira 114 orang maut dalam pertempuran dan serangan bom kereta semalam, hari kedua selepas perjanjian gencatan senjata sempena Aidiladha dicabul.
Ia menjadikan jumlah yang terkorban seramai 260 orang semenjak gencatan senjata diumumkan pada hari pertama perayaan Aidiladha pada Jumaat.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, mereka yang terbunuh semalam adalah 47 orang awam, 36 askar dan 31 pemberontak.
Pemberontak terus melancarkan beberapa serangan ke atas kedudukan tentera hari ini ketika serangan udara tentera menyasarkan bandar-bandar berdekatan Damsyik yang dikawal pemberontak selepas kegagalan usaha gencatan senjata sempena sambutan Aidiladha.
Badan hak asasi yang berpangkalan di Britain itu berkata, pemberontak berjaya merampas tiga pos kawalan tentera di luar Douma dan membunuh empat askar di pos pemeriksaan lain di wilayah tersebut.
''Pesawat tentera pula melancarkan tiga serangan udara di Irbin, Zamalka dan Harasta di mana tentera cuba merampas kawalan bandar tersebut daripada pemberontak,'' kata badan itu.
Pertempuran berlaku selepas kegagalan usaha melaksanakan gencatan senjata selama empat hari sempena Aidiladha bermula kelmarin.
Gencatan senjata itu dicabul hanya beberapa jam selepas bermulanya pertempuran dan serangan bom yang menyaksikan hampir 150 orang maut kelmarin.
Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, tiga kedudukan tentera di Douma iaitu bangunan setinggi 14 tingkat yang menempatkan penembak hendap dan dua pos pemeriksaan dirampas selepas pertempuran sengit.
''Ia merupakan tanda kerajaan tidak boleh mengawal kedudukannya dalam tempoh masa panjang,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121029/lu_06/114-lagi-maut-pada-hari-kedua-Aidiladha-di-Syria#ixzz2AeJfqkKB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment