Monday, October 29, 2012

RUMAH DHAIF DI NEGERI MAJU??


Sebuah rumah dhaif di negeri Maju, apa gunanya kutipan zakat negeri Melaka sebanyak RM20,431,308.16 pada tahun ini?

Kemana perginya Ketua Menteri yang dikhabarkan mengawinkan anaknya beratus ribu tetapi kebajikan dinegeri sendiri tidak terjaga??Banyak persoalan yang ditimbulkan berikutan status negeri maju yang dikecapi oleh Melaka.Persoalan yang hanya
 layak dijawab oleh pemimpin negeri Melaka itu sendiri.

Kepada pemimpin-pemimpin BN terutama UMNO,jangan hanya menyalahkan negeri lain yang dikatakan terlalu miskin dan hanya BN sahaja yang boleh mengubahnya. Negeri dibawah BN yang diterajui oleh UMNO menunjukkan apa yang dikatakan terhadap Kelantan selama ini terkena diri sendiri. Ini yang hanya dipaparkan, yang tidak dilaporkan di media kemungkinan banyak lagi..Adakah pemimpin sekarang hanya gilakan kuasa tanpa memikirkan nasib rakyat??

Pemberian BRIM oleh kerajaan memang dialukan untuk meringankan beban rakyat, tetapi setakat mana keberkesanan pemberian terbabit?Adakah cerdik pandai didalam kerajaan tidak memikirkan tentang keperluan dan kehendak rakyat??Rakyat perlukan rumah, pekerjaan dan pengangkutan yang murah yang hanya ditawarkan oleh Pakatan Rakyat sahaja di dalam manifestonya

Kesimpulannya, jangan hanya menunding jari kepada negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sahaja dengan mengatakan miskin dan tidak mampu berdikari, sebaliknya lihat negeri sendiri..Adakah lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat??Anda ada akal, anda dapat fikirkannya. Sumber

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/10/gempar-berapi-rumah-dhaif-di-negeri-maju.html

No comments:

Post a Comment