Monday, October 29, 2012

Kapal peronda China ceroboh perairan Jepun

SEBUAH kapal peronda Pengawal Pantai Jepun
 (kanan) berlayar bersebelahan sebuah kapal peronda
China berdekatan kawasan kepulauan yang menjadi
 rebutan di Laut China Timur pada 25 Oktober lalu. - REUTERS

TOKYO 28 Okt. - Empat buah kapal peronda maritim China dikesan belayar berhampiran kepulauan yang menjadi pertikaian antara Jepun dan China di Laut China Timur hari ini, dakwa pengawal pantai Jepun.
Menurut pengawal pantai, kapal-kapal itu memasuki kawasan perairan Jepun sejauh 12 batu nautika (22.2 kilometer) berhampiran gugusan kepulauan yang menjadi rebutan pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) dan bergerak menuju zon sempadan selepas beberapa jam.
Kapal tersebut berbeza daripada kapal yang dilihat di kawasan perairan yang menjadi pertikaian Khamis lalu, yang mengundang tunjuk perasaan besar-besaran dari Jepun.
Zon sempadan merupakan kawasan yang terletak 12 batu nautika (22.2 kilometer) dari kawasan perairan yang menjadi pertikaian.
Sementara itu, Agensi berita Xinhua di China memetik Pentadbiran Maritim China berkata, kapal-kapal tersebut sedang menjalankan aktiviti pengawasan rutin dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan tersebut.
Lapor berita itu lagi, kapal-kapal tersebut juga bertindak mengarahkan kapal kawalan pantai Jepun agar segera 'meninggalkan wilayah milik China' ketika melakukan pemantauan 'bagi tujuan mengumpul bukti mengenai pelanggaran kedaulatan wilayah China.'
Ketegangan memuncak beberapa bulan kebelakangan ini berhubung pemilikan pulau yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China.
Tokyo dan Beijing dilaporkan sedang bersedia bagi mengadakan rundingan berhubung pertikaian yang menjejaskan perdagangan dua hala antara dua negara ekonomi terbesar Asia itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121029/lu_04/Kapal-peronda-China-ceroboh-perairan-Jepun#ixzz2AeKQPVX3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment