Monday, October 29, 2012

Anak disembelih




         
ZARKA (JORDAN): Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang bapa apabila anaknya berusia tujuh tahun dibunuh secara kejam pada Ramadan lalu.

Bagi Husein, 35, (enggan memberi nama sebenar kerana bimbangkan keselamatan), kejadian itu membuatkan dia dan isteri melarikan diri ke Jordan untuk memohon perlindungan.
Katanya, anaknya bersama 80 lagi kanak-kanak termasuk berusia seawal dua tahun diserang tentera rejim Bashar al-Assad kerana ada antara mereka menyanyikan lagu mengeji kekejaman tentera terbabit.

Semua itu berlaku di perkampungan Dar’a, Syria, pada 8 Ramadan lalu.


Husein pada mulanya enggan ditemubual kerana faktor keselamatan berikutan keluarganya masih berada di kampung halaman.

No comments:

Post a Comment