Monday, October 29, 2012

Peruntukan Habis Projek Tidak Siap!!!


LAGI JANJI DICAPATI..

Peruntukan Habis Projek Tidak Siap!!!
Posted by pas-miri

Mana Perginya Peruntukan Berbillion Ringgit Untuk Sabah dan Sarawak?
Merujuk kepada kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal hairan dengan sikap segelintir kecil masyarakat yang melabelkan pembangkang sebagai ‘bagus’ dalam 'Utusan Borneo'.

Adakah menjadi satu kesalahan apabila segelintir masyarakat memuji atau melebelkan pembangkang sebagai ‘bagus’? Adakah pembangkang semuanya ‘jahat’ dan tidak pandai memerintah seperti dakwaan beliau.

Menurutnya lagi,” penduduk Sarawak dan Sabah wajar meneruskan sokongan terhadap BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak selepas mengambil kira pencapaian dan kemajuan negara selama 55 tahun.”

Adakah selama ini pemerintahan BN di Sabah dan Sarawak sudah mencapai kemajuan dan setaraf dengan negara maju atau pun sudah setanding dengan negeri yang maju dari segi infrastruktur dan jalan penghubungan yang baik?

Ujarnya lagi “Dalam Belanjawan 2013, peruntukan diberi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Sabah dan Sarawak adalah besar. Siapa yang bagi peruntukan itu, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

Beginikah taraf pemikiran seorang yang bertaraf menteri terhadap rakyat yang memuji pembangkang, seolah-olah beliau bercakap dengan anak-anak kecil, kalau hendak bercakap pun janganlah cakap macam budak-budak, adakah patut berkata seperti ini “Siapa yang bagi peruntukan itu, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

Memang bukan Anwar Ibrahim yang bagi peruntukan tersebut tetapi hasil peruntukan tersebut adalah dari hasil bumi Sabah dan Sarawak termasuk juga dari pembayar cukai yang tidak semestinya penyokong BN.
Sesiapa yang diamanah oleh rakyat memegang kuasa pemerintah wajib menjalankan tugas tersebut dengan amanah dan jujur tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik selagi ianya rakyat Malaysia.

Tiada gunanya peruntukan berbilion ringgit sedangkan hasilnya tidak nampak dan rakyat masih lagi hidup dalam taraf kemiskinan. Sudah banyak kali kita mendengar janji-janji pembangunan, infrastruktur dan jalanraya untuk luar bandar tetapi jalanraya masih lagi teruk dan jauh ketinggalan walaupun sudah 55 tahun BN memerintah Malaysia.

Kemana perginya peruntukan berbillion ringgit tersebut dan apakah hasil yang dinikmati rakyat setelah banyak projek gagal dilaksanakan.

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan pembinaan dan menaik taraf projek jalan luar bandar telah diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Projek-projek pembinaan jalan raya di Sarawak tidak memenuhi sasaran masa dan dikehendaki dalam piawaian keselamatan.

Walaupun peruntukan amat besar yang diberikan bagi projek-projek, laporan Audit Negara berkata pelaksanaan yang lemah pada bahagian Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan kerajaan negeri Sarawak.

Laporan Audit Negara sendiri membuktikan bahawa bahagian Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan kerajaan negeri Sarawak sangat lemah dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan.

Harap Datuk Seri Shafie Apdal dapat menunaikan janji beliau kepada rakyat Sabah dan Sarawak dibawah kementerian beliau yang masih lemah dengan melaksanakan projek jalanraya dan infrastruktur di luar bandar yang telah diluluskan, tanpa menyalahkan pembangkang atau rakyat yang tidak menyokong BN dalam PRU yang lalu.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

No comments:

Post a Comment