Tentera MILF membaca doa kesyukuran di markas mereka di Maguindanao, selatan Filipina semasa majlis tandatangan persetujuan damai. FOTO: AP |
Maguindanao – Air mata Kim Aloy mengalir di pipinya tanpa ditahan semasa Pengerusi MILF, Murad Ebrahim berucap di Istana Presiden mengenai rangka kerja perjanjian damai.
“Inilah air mata kegembiraan,” katanya. Aloy adalah antara 2,000 pejuang bersenjata MILF yang berbaris bermula seawal 7 pagi pada hari bersejarah 15 Oktober lalu, dan menunggu dengan sabar perkembangan semasa majlis tandatangan perjanjian itu.
Seperti rakannya yang berkhidmat dengan Pasukan Tentera Islam Bangsamoro (BIAF), Aloy mendengar penuh perhatian siaran radio pada hari itu mengenai perkembangan di Manila.
Siaran langsung ucapan di Istana Presiden Malacanang itu disiarkan melalui pembesar suara yang diletakkan di atas pentas berhias warna terang seperti emas, hijau dan ungu.
Sehelai bendera MILF turut dinaikkan. Apabila tiba giliran Murad untuk berucap, ramai anggota tentera mula menunjukkan emosi namun menahan diri daripada mengalirkan air mata.
Ketika wakil MILF dan kerajaan Filipina yang berada di Malacanang menepuk tangan semasa ucapan Murad, Aloy dan rakan seangkatannya juga mengangkat senjata mereka dan melaungkan
takbir.
“Saya berasa sangat gembira kedua pihak telah capai persetujuan. Saya menangis gembira,” katanya.

Aloy, 21, berkata dia menyertai BIAF empat tahun lalu tetapi dia tahu orang Moro telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kebebasan selama puluhan tahun.
“Kini kita telah melihat hasil perjuangan itu,” katanya.
Ismael Kasan, 26, berkata dia hanya seorang budak pada tahun 2000 semasa bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap para pejuang yang menganggotai MILF.
Dia berkata, dia tahu penderitaan ramai pejuang MILF pada masa itu, menyebabkan dia tidak dapat menahan air mata daripada tumpah semasa persetujuan itu ditandatangani.

“Mereka tidak pernah sangka akan tiba hari di mana MILF akan menandatangani perjanjian dengan kerajaan,” katanya, merujuk kepada pejuang yang terkorban sepanjang revolusi lebih 40 tahun itu.
Apabila suara di radio itu mengumumkan majlis tandatangan perjanjian itu telah berakhir, tentera BIAF memaut tangan satu sama lain dan bernasyid sambil menangis, sebelum mereka membaca doa kesyukuran.
Di Davao City, hampir 200 orang Islam Kalagan turut memenuhi jalan raya bagi menyokong perjanjian itu. Mereka disertai ahli perniagaan Islam yang sanggup menutup kedai untuk meraikan persetujuan antara kerajaan dan MILF.

Walaupun kebanyakan mereka faham persetujuan itu tidak akan membawa kesenangan secara automatik kepada orang Moro, mereka tetap gembira kerana kesediaan kerajaan dan MILF untuk memulakan proses damai.
“Ini hanyalah langkah pertama. Kejayaan persetujuan ini bergantung kepada orang Moro. Kita mesti berusaha,” kata seorang pemimpin tempatan, Ommsalam Gawan.
Di Manila, orang Islam berkata detik bersejarah itu telah lama tertangguh.
“Beberapa persetujuan telah dibuat sejak saya masih kecil. Tetapi inilah persetujuan yang akan memberikan Bangsamoro kerajaan mereka sendiri,” kata Asis Marandacan, 37.
“Akhirnya, keamanan akan tiba,”kata seorang lagi penduduk Islam Manila, Samsia Cabilli, 45. - Inquirer Mindanao

No comments:
Post a Comment