KABUL: Seorang pengebom berani mati membunuh 14 orang, termasuk tiga tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan empat polis, serta mencederakan 37 yang lain di wilayah bergolak Khost, semalam.
Jurucakap Nato berkata, enam orang awam dan seorang jurubahasa Afghanistan turut terbunuh dalam serangan itu. Saksi berkata, pengebom berani mati terbabit mengenakan pakaian seragam polis dan meledakkan dirinya ketika berada berhampiran tentera Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan rondaan di situ.
Gabenor Khost, Abdul Jabar Nahimi, berkata pengebom terbabit menunggang motosikal yang dilekatkan dengan bahan peledak.
“Seramai 37 orang awam cedera akibat letupan berkenaan,” katanya. Taliban Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.
Bagaimanapun, pengakuan itu tidak dapat disahkan kerana pemberontak memang sering mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas tentera asing. Pengeboman semalam menyusul selepas dua warga AS dibunuh selepas berbalas tembak dengan tentera Afghanistan kelmarin.
Insiden membabitkan serangan di kalangan anggota keselamatan ke atas tentera sekutu Nato tahun ini menyebabkan 52 kematian.
Kejadian itu juga mendorong pihak berkuasa mengetatkan peraturan bagi operasi rondaan bersama membabitkan anggota keselamatan Afghanistan dan asing. Sejak 11 tahun lalu, konflik di Afghanistan mengorbankan lebih 2,000 orang. - Reuters

No comments:
Post a Comment