Tuesday, October 2, 2012

PENIPUAN AYATULLAH SYIAH



Mungkin teman-teman pernah melihat gambar yang disiarkan ini. Gambar ini sewaktu Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khameini melawat sebuah bandar di Iran. 

Perhatikan nombor dalam gambar:

1) Petikan sebuah Facebook milik orang Melayu Syiah yang terlalu mendewa-dewakan Ayatullah mereka. Pemilik Facebook membandingkan sikap masyarakat Melayu yang baginya tidak menghormati ulamak, tidak seperti rakyat Iran. (Sila lihat petak merah)

2) Situasi sebenar dalam kenderaan yang dinaiki Khameini sebenarnya yang menyalakan lampu yang dipancarkan ke wajah Khameini bagi memberikan gambaran kepada pengikutnya yang sedang dilanda histeria ketika itu bahawa Khameini ini dilimpahkan 'cahaya Tuhan'.

Walaupun mereka mengetahui hakikat ini tetapi penganut Syiah tentu tidak akan mempercayainya kerana bagi pegangan mereka, imam-imam mereka yang bertahap "Ayatullah" ini adalah maksum, mustahil melakukan dosa dan kedudukan mereka menyamai tahap malaikat dan mengatasi kedudukan para Nabi dan Rasul.

Alhamdulillah, syukur kita yang berfahaman wasoti, akidah Ahlu Sunnah Wal Jama'ah yang tidak memuja manusia melampau-lampau hingga sasau seperti mereka.

No comments:

Post a Comment