ALOR SETAR - Golongan remaja terutama remaja perempuan diingatkan agar sentiasa berpegang dengan ajaran agama untuk mengelak daripada terjebak dengan kegiatan sosial atau mudah mengikut teman lelaki.
Penasihat Agama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Che Omar Bahari berkata, ibu bapa perlu menitikberatkan mengenai ilmu agama terhadap anak mereka kerana ia merupakan aspek yang perlu diutamakan.
Menurutnya, apabila asas keagamaan kukuh di dalam diri setiap individu Islam, ia mampu mengelak remaja daripada terjebak dengan kegiatan sosial.
“Soal mendidik anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan tidak kiralah sama ada anak mereka masih remaja ataupun telah meningkat dewasa,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kes wanita dan gadis yang dipercayai mengikut teman lelaki ke Indonesia seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Che Omar berkata, golongan remaja perlu menjadikan kisah keperitan mangsa sebagai iktibar agar mereka tidak mudah terpengaruh terutama dengan ajakan teman lelaki.
Beliau berkata, remaja tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan ajakan teman lelaki mereka untuk pulang ke rumah atau ke tempat yang mencurigakan.
“Apabila remaja perempuan diajak teman lelaki untuk melakukan perkara yang tidak baik, mereka perlu bijak menolak pelawaan itu bukannya mengikut sehingga menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa.
“Mereka yang menolak pelawaan teman lelaki untuk melakukan keburukan itu juga secara tidak langsung telah menjaga maruah diri dan keluarga,” katanya.
Che Omar berkata, selain itu, golongan remaja juga perlu bijak menggunakan kemudahan Internet kerana khuatir ia akan mengundang kepada keburukan sekiranya disalahguna.

No comments:
Post a Comment